Perutusan


Perutusan Presiden Majlis Perbandaran Tawau

Perutusan Presiden Majlis Perbandaran Tawau

Saya dengan ini, mengalu-alukan lawatan anda ke Laman Web Rasmi Majlis Perbandaran Tawau (MPT). Laman ini disiapkan atas daya usaha pegawai dan kakitangan Majlis ini, hasil pengalaman yang diperolehi daripada bengkel Content Management System (CMS) dan Mengemaskinikan Laman Web Jabatan yang dianjurkan oleh Kementerian Kerajaan Tempatan Dan Perumahan Sabah (KKTP) dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri (JPKN) .

Laman ini menekankan kepada aspek penyebaran maklumat sebanyak mungkin khususnya untuk memudahkan pelanggan kami dan juga pihak anda berurusan dengan jabatan ini. Semoga matlamat anda untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan tercapai. Jika maklumat yang anda perlukan tidak diperolehi dalam laman ini, sila hubungi kami melalui kemudahan e-mail yang disediakan untuk tindakan lanjut pihak kami.

Jangan lupa, E-Melkan apa-apa komen anda khususnya yang bertujuan untuk memperbaiki lagi Laman Web Rasmi Majlis Perbandaran Tawau (MPT) terus kepada saya. Akhir kata, kami mengucapkan terima kasih di atas kesudian anda melawat Laman Web kami.